Friday, April 10, 2009

Mesyuarat AJK 1/2009

Mesyuarat AJK kali pertama bagi tahun 2009 selepas mesyuarat agung baru-baru ini telah berlangsung pada hari Jumaat 10 April 2009. Mesyuarat buat pertama kalinua dipengerusikan oleh YPD baru DSP Tn Bakhtiar. Mesyuarat bermula pada jam 3.30 petang berakhir pada jam 6.30 petang. Beberapa perkara penting telah diputuskan oleh JK yang bersidang antaranya :
1. Program Sambutan Jubli Emas SM3KB akan diteruskan dengan kerjasama alumni SM3KB. Satu JK Kerja akan dibentuk dalam masa terdekat untuk merancang aktivti-aktiviti yang akan diadakan sempena program tersebut.
2. Mesyuarat juga telah meluluskan beberapa permohonan dari pihak pengurusan sekolah untuk program-program yang dirancang dalam bulan ini temasuk program keceriaan sekolah bagi melonjakkan sekolah mengekalkan status Sekolah Bestari Perdan.
Dalam ucapan pembukaan YPD telah menerapkan satu konsep baru "zero fierce environment" bagi mengujudkan suasana kemesraan dan bukan suasana ketakutan dan seda membantu sekolah menjayakan apa jua program yang dapat membantu anak didik yang berada di sekolah ini.