Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 36


Sabtu -(6 Mac 2010)Bertempat di Auditorium Hj Mansor, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKB, Mesyuarat Agung kali ke 36 telah berlangsung hari ini. Dalam persekitaran yang dingin dalam dan luar (hujan mulai turun) dewan menjadikan mesyuarat kali ini berjalan dalam suasna tenag dan harmoni. Kehadiran mencecah 570 orang dan merupakan peningkatan yang besar berbanding tahun 2009. Perasmaina mesyuarat tahun ini disempurnakan oleh YB Wong Kun Mun (ADUN KKB). Acara-acara selinga berupa persembahan multimedia, koir dan cabutan nombor bertuah. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tgh. Beberapa usul telah diterima dalam mesyuarat kali ini termasuk :
1. Tambahan RM10 (menjadi RM30 satu keluarga) sumbangan kepada PIBG mulai 2011.
2. Sumbangan semuala kepada Tabung Bestari RM10 mulai tahun ini.
3. Sambutan Jubli Emas SM3KB tahun 2010.
Perlantikan JK 2010 tidak menampakkan banyak perubahan dengan mengekalkan jawatan YDP dan Timbalan YDP sementara AJK hanya berganti 2 orang ahli (senarai lengkap di sebelah) Tahniah kepada semua JK PIBG 2010 - semoga meningkatkan prestasi kerja ke tahap unggul demi pembangunan pendidikan di SM3KB. Lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/

Tuesday, March 2, 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 36

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 36 akan diadakan pada 6 mac 2010 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat akan diadakan di Auditorium Hj Mansur, pusat Latihan Bomba KKB. Majlis akan dirasmikan oleh YB Wong Koon Mun, ADUN Kuala Kubu Bharu. Notis mesyuarat telah diedarkan kepada semua ibu bapa melalui anak-anak tuan/puan. Semua ibubapa dijemput hadir ke mesyuarat ini.