Friday, April 10, 2009

Mesyuarat AJK 1/2009

Mesyuarat AJK kali pertama bagi tahun 2009 selepas mesyuarat agung baru-baru ini telah berlangsung pada hari Jumaat 10 April 2009. Mesyuarat buat pertama kalinua dipengerusikan oleh YPD baru DSP Tn Bakhtiar. Mesyuarat bermula pada jam 3.30 petang berakhir pada jam 6.30 petang. Beberapa perkara penting telah diputuskan oleh JK yang bersidang antaranya :
1. Program Sambutan Jubli Emas SM3KB akan diteruskan dengan kerjasama alumni SM3KB. Satu JK Kerja akan dibentuk dalam masa terdekat untuk merancang aktivti-aktiviti yang akan diadakan sempena program tersebut.
2. Mesyuarat juga telah meluluskan beberapa permohonan dari pihak pengurusan sekolah untuk program-program yang dirancang dalam bulan ini temasuk program keceriaan sekolah bagi melonjakkan sekolah mengekalkan status Sekolah Bestari Perdan.
Dalam ucapan pembukaan YPD telah menerapkan satu konsep baru "zero fierce environment" bagi mengujudkan suasana kemesraan dan bukan suasana ketakutan dan seda membantu sekolah menjayakan apa jua program yang dapat membantu anak didik yang berada di sekolah ini.

Saturday, March 7, 2009

MESYUARAT AGUNG KE 35






Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 telah berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Takril bin Tasuki, Pengurus Besar Yayasan Sealangor. Mesyuarat berjalan lancar dan tenang. Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru pimpinan YDP DSP Tn Bakhtiar.

Tuesday, February 3, 2009

NOTIS MEYUARAT AGUNG 35

AJK telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke35 pada Hari Sabtu bertarikh 7 Mac 2009. Maklumat lanjut akan disebarkan melalui surat jemputan kepada semua ibubapa sebelum tarikh itu. Sebarang usul dan cadangan untuk dibawa ke mesyuarat agung hendaklah sampai kepada Setiausaha sebelum 27 Februari 2009.