Saturday, February 18, 2012

MESYUARAT AGUNG KE 38

Sabtu, 18.02.12 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB yang dirasmikan oleh Timb PPD Hulu Selangor, En Jamaluddin bin Abdul Kadir. Kehadiran amat menggalakkan sehingga melimpah keluar dari dewan yang penuh sesak. Pihak pengurusan sekolah memohon maaf kepada semua ibubapa kerana kurang selesai dengan tempat mesyuarat kerana tempahan Auditorium Hj Mansor, Akademi Bomba dan Penyelamat terpaksa dibatalkan kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang dibuat oleh pihak berkuasa akademi berkenaan. Seperti biasa pengisian majlis adalah siri ucapan dan perasmian sebelum agenda mesyuarat bermula. Butiran lengkap resolusi mesyuarat akan menyusul.