Friday, November 14, 2008

PERANCANGAN 2009

AJK PIBG yang bermesyuarat pada petang Jumaat 14 November 2008 telah merancang pelbagai aktiviti yang akan dilangsungkan pada tahun 2009. Terdahulu daripada itu Pengetua Kanan Tn Hj Manap bion Jarkasi telah memaklumkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, semua bayaran tambahan untuk tahun 2009 hanya akan diputusakan dalam mesyuarat agung PIBG dan mendapat persetujuan semua ibubapa/penjaga. Untuk memudahkan anak-anak menbuat persediaan naik tingkatan 2009, buku-buku pinjaman telah diedarkan kepada pelajar yang layak menerimanya. Ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar membuat persediaan dengan bantuan ibu bapa di rumah agar pelajar lebih bersedia menerima pelajaran seterusnya. AJK bersetuju pada dasarnya untuk menjalankan beberapa aktiviti besar sepertu SAMBUTAN JUBLI EMAS dengan kerjasama ALUMNI SM3KB, KARNIVAL ICT, HARI KANTIN, HARI KELUARGA PIBG serta aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan integrasi antara guru dan ibubapa.. Sehubungan dengan itu, MESYUARAT AGUNG PIBG akan dijalankan lebih awala tahun 2009. Kepada semua ibubapa, tunggulah surat jemputan yang akan sampai tidak lama lagi.

Sunday, August 10, 2008

MMA 08 SUKSES !






Majlis Makan Malam Amal PIBG 2008 yang berlangsung di Dewan Serbaguna KKB pada malam bertarikh 090808 adalah sukses terbesar buat PIBG sekolah ini. Walaupun tetamu jemputan utama Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib tidak dapat hadir pada saat akhir tetapi telah menghantar wakil Dato Abdul Jabar bin Che Nai TKSU dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Acara berjalan lancar dan meriah - makanan sedap, halwa telinga mempesona dan kutipan melebihi RM1000 untuk nyanyian Pengetua Kanan SM3KB adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada JK PIBG dan JK Pelaksana MMA 2008.

Monday, July 21, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 2008

Program ini akan berlangsung pada 9 Ogos 2008 bermula jam 8.00 malam di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu yang akan dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tujuan utama program adalah bagi menambah dana PIBG dalam usaha membiayai program-program sekolah untuk memajukan tahap pendidikan pelajar SM3KB. Seiringan dengan itu program ini diharapkan dapat juga mempertemukan bekas-bekas pelajar dan guru sekolah ini. Untuk menjayakan program ini tempahan meja atau sumbangan lain (hamper/wang tunai) amat dialu-alukan bagi menampung kos persiapan dan pelaksanaan majlis ini. Sumbangan cek atas nama PIBG SMK Kuala Kubu Bharu atau tunai dimasukkan terus ke Maybank No akaun 0-12071-10136-4
Program ini telah mendapat kebenaran PPD HS melalui surat PPDHS/PPS/A41993/03/05/04 Jld 2(77) bertarikh 5 Mei 2008

Segala maklumat berkaitan Majlis Makan Malam Amal PIBG 2008 boleh dirujuk kepada
1. Tn Hj.Manap bin Jarkasi Pengetua Kanan SM3KB - 017-3719303
2. En Abd Aziz bin Zakaria - Setiausaha Kehormat PIBG - 012-6664884
3. En Teh Hock Cheng - Naib YPD PIBG - 012-3831737

Sasaran jualan meja untuk majlis ini ialah sebanyak 500 kerusi. Sehingga 25 Julai sebanyak 420 kerusi telah dijual berbaki 80 kerusi pada nilai RM50/RM100 atau RM200. Setakat ini sumbangan terbesar ialah daripada YB Wong (ADUN KKB)- RM2000 , Sdr.Mohd Adha bin Zainal Aznam,(bekas pelajar 1997) Adha Construction KKB - RM2000, YB Mohamad Isa (ADUN Btg Kali)-RM1000 dan Yayasan Selangor RM1000.

Kepada yang masih belum membeli tiket (kerusi / meja) , sila berbuat demikian dengan segera sebelum 2 Ogos 2008. MAKAN & BERHIBUR SAMBIL BERAMAL !

Friday, April 11, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 2008

PIBG sekolah ini akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal yang dijadualkan akan diadakan pada 9 OGOS 2008 bertempat di DEWAN SERBAGUNA KKB pada jam 8.00 malam. Kita sedang berusaha untuk menjemput Y.Bhg Tan Sri Muhammad bin Hj Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk merasmikan majlis ini.
PIBG berharap semua ibubapa, syarikat-syarikat korporat, masyarakat setempat dan bekas-bekas pelajar sekolah ini akan menyokong usaha murni JK ini. Harapan tinggi diletakkan untuk sasaran kutipan RM100 000. Selain mengisi Tabung PIBG bagi membantu pihak sekolah menjalankan program-program kesemerlangan kurikulum, ko-kurikulum dan keceriaan sekolah, majlis ini diharapkan dapat mengumpul dan mempertemukan bekas-bekas pelajar SMK KKB yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dan membanggakan SMKKKB.

JK PIBG 2008

Penasihat : Tn Hj Manap bin Jarkasi (Pengetua Kanan)
Yang diPertua : En.Kamaruzaman bin Ramli
Naib Yang DiPertua : En.Teh Hock Cheng
Setiausaha Kehormat : En.Abdul Aziz bin Zakaria
Pen.Setiausaha : Pn Hjh Noraini bt Abdullah
Bendahari : Pn.Siti Safiah bt Sulaiman
JK : Pn.Salmah bt Wahid
Mejar Nordin bin Hj Nawi
Mejar Abu Samah bin Md Noh
Pn.Tan Gee Loi
En.Sarjit Singh a/l Mahender Singh
En.Rosli bin Junit
Pn.Siti Noor bt Yunus
En.Mohan Raja a/l Rengesamy
En.Suhaini bin Samsuddin
En.Saaey bin Hassan
En.Ahmad Fauzi bin Md Zin
Juru Odit : Pn. Gui Lian Hwa
Pn. Hjh Shirine bt Shafie

SEKAPUR SIREH YDP

Terima kasih kepada JK UNICT&P Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu atas kejayaan membina blog ini untuk siaran maklumat PIBG SMKKKB (SM3KB) mulai tahun 2008 ini. Bagi pihak JK PIBG saya merayu kepada semua ibubapa agar sudi melayari blog ini dalam mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan sekolah dan anak-anak kita yang bersekolah di sini. Tidak kurang juga kami berharap ibubapa selaku ahli PIBG akan memberi kerjasama bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun 2008 ini. Akhir kata berpeganglah pada slogan PIBG " BERSATU DAN BERSEMANGAT : PIBG PEMANKIN KEMAJUAN SEKOLAH" . Sekian. Terima kasih.