Wednesday, March 7, 2012

Mesy JK kali pertama

Rabu, 7.3.12 - Mesyuarat JK kali pertama telah diadakan di bilik mesyuarat SM3KB bermula 10 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Berbagai cadangan dan keputusan telah dicapai untuk kemajuan sekolah dengan kerjasama ibubapa. Surat makluman akan diedarkan kepada ibubapa.

Saturday, February 18, 2012

MESYUARAT AGUNG KE 38

Sabtu, 18.02.12 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB yang dirasmikan oleh Timb PPD Hulu Selangor, En Jamaluddin bin Abdul Kadir. Kehadiran amat menggalakkan sehingga melimpah keluar dari dewan yang penuh sesak. Pihak pengurusan sekolah memohon maaf kepada semua ibubapa kerana kurang selesai dengan tempat mesyuarat kerana tempahan Auditorium Hj Mansor, Akademi Bomba dan Penyelamat terpaksa dibatalkan kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang dibuat oleh pihak berkuasa akademi berkenaan. Seperti biasa pengisian majlis adalah siri ucapan dan perasmian sebelum agenda mesyuarat bermula. Butiran lengkap resolusi mesyuarat akan menyusul.

Thursday, January 19, 2012

Mesyuarat JK kali akhir

Khamis, 19.1.2012 - Mesyuarat Jawatankuasa kali terakhir untuk sesi 2011-2012 sedang berlangsung hari ini. Mesyuarat akan menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ke 38 dan berkaitan dengannya. Keputusan JK Mesyuarat Agung kali ke 38 akan diadakan pada 18 Februari 2012 bertempat di Auditorium Bomba & Penyelamat.KKB bermula jam 8.00 pagi. Perasmi jemputan yang dicadangkan YB Kamalanathan -Ahli Parlimen Hulu Selangor. Semua ibubapa/penjaga adalah dijemput hadir. Notis mesyuarat akan menyusul.