Persatuan Ibu Bapa dan Guru. SMK Kuala Kubu Bharu Bestari Perdana (kini dikenali sebagai SM3KB) telah menyambut ulangtahun penubuhan ke 45 tahun 2008. Kami ingin mempelawa semua bekas pelajar SMKKKB untuk memberi sokongan dan kerjasama bagi penubuhan ALUMI SM3KB.
Friday, November 14, 2008
PERANCANGAN 2009
AJK PIBG yang bermesyuarat pada petang Jumaat 14 November 2008 telah merancang pelbagai aktiviti yang akan dilangsungkan pada tahun 2009. Terdahulu daripada itu Pengetua Kanan Tn Hj Manap bion Jarkasi telah memaklumkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, semua bayaran tambahan untuk tahun 2009 hanya akan diputusakan dalam mesyuarat agung PIBG dan mendapat persetujuan semua ibubapa/penjaga. Untuk memudahkan anak-anak menbuat persediaan naik tingkatan 2009, buku-buku pinjaman telah diedarkan kepada pelajar yang layak menerimanya. Ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar membuat persediaan dengan bantuan ibu bapa di rumah agar pelajar lebih bersedia menerima pelajaran seterusnya. AJK bersetuju pada dasarnya untuk menjalankan beberapa aktiviti besar sepertu SAMBUTAN JUBLI EMAS dengan kerjasama ALUMNI SM3KB, KARNIVAL ICT, HARI KANTIN, HARI KELUARGA PIBG serta aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan integrasi antara guru dan ibubapa.. Sehubungan dengan itu, MESYUARAT AGUNG PIBG akan dijalankan lebih awala tahun 2009. Kepada semua ibubapa, tunggulah surat jemputan yang akan sampai tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment