Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT AGUNG KALI KE 37



Sabtu, 12.2.11 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 diadakan hari ini bertempat di Auditorium Hj Mansor, Pusat Latihan Bomba KKB bermula jam 9 pagi. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Mesyuarat berjalan lancar dengan beberapa resolusi telah dicapai untuk kebaikan pelajar SM3KB. Gambar penuh di http://www.pibgsm3kb37.blogspot.com/

3 comments:

PPR2 @JalanRos2 said...

Salam, mesyuarat agung pibg SMKKB kali ke 37 telah berjalan dengan baik. Tahniah kepada Pihak Sekolah dan Jawatankuasa PIBG yang mengendalikan dengan lancarnya.

Walau bagaimana pun, pembentangan lapuran kewangan tidak dapat diperjelaskan kepada kefahaman ibu bapa yang membacanya. Kesempatan untuk bertanya akan perihal kewangan tersebut tidak dapat diutarakan memandangkan masa yang menjadi penghalang niat tersebut. Kekeliruan yang dimaksudkan didalam melapurkan kewangan PIBG adalah :1) Penyata kewangan di ms22 tidak tunjuk catitan kaki/nota supaya orang awam boleh faham angka angka tersebut datang dari mana.
2) Perbelanjaan setiap kutipan tabung/yuran tidak mengikut matlamat kewujudan tabung/yuran tersebut. cth: Yuran prestasi kutipan penuh RM 32940 manakala belanja untuk tingkat prestasi seperti tingkat prestasi, latih tubi, kertas ink & master riso, kelas tambahan dll yang kecil adalah berjumlah yang tidak melebihi RM 28000. Persoalan nya mengapa yuran prestasi dibelanjakan kepada Hari Kecemerlangan (RM 7000).

3)Tabung Bestari di sini dilihat sebagai pembaikan/penambahan bilik ICT (pada pengamatan saya). Tetapi penggunaan tidak menyeluruh kemudahan tidak secara optimum kepada pelajar-pelajar. atau ada pelajar -pelajar tidak berpeluang menggunakan kemudahan tersebut.

Saya memohon maaf sekiranya penyampaian ini tidak bersesuaian dengan keperluan pihak PIBG atau Pihak Sekolah.

Sekian, terima kasih.

PIBG SMKKKB (SM3KB) said...

Terima kasih atas perkara yang diutarakan. Terima kasih kerana menggunakan kemudahan IT yang ada. Perkara2 yg dibangkitkan ini akan saya kemukakan dalam mesyuarat JK nanti dan dimasukkan ke dalam Post Mortem nanti. Jika tak keberatan dapat diberi nama penuh agar jika perlu boleh dihubungi kemudian untuk penjelasan lanjut oleh Pengetua. Terima kasih juga kerana sudi melayari blog ini.

PIBG SMKKKB (SM3KB) said...

Susulan :
Perkara 1: akan dibetulkan dlm mesy agung tahun depan,InsyaAllah
Perkara 2: telah dimaklumkan oleh Pengetua semasa sesi penerangan.. 80% telah dibelanjakan tetapi dalam penyata belum dicatat sebagia perbelanjaan kerana wang diterima hingga akhir tahun. Yuran prestasi digunakan sedikit kerana hadiah itu diberikan kepada pelajar yang menyumbang wang prestasi-PMR&SPM.Perkara 3: wang tersebut adalah untuk mejamin keselamatan & jangka hayat peralatan di bilik server iaitu nadi sistem rangkaian seluruh sekolah. Kekurangan kemudahan sedang cuba diatasi oleh pihak pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.Terima kasih sekali lagi atas kesudian menyengok weblog ini.